Sunday 10 February 2013

I'm Fine


Memang perpisahan itu menyedihkan ke?Kalau tanya aku,memang aku menangis gila gila.Aku tengok form 1 yang berpisah dengan kawan mereka sebab mereka nak pi MRSM memang menangis gila gila.Aku tak tau apa perasaan aku bila aku nak berpisah dengan kawan aku.Sedih gila,brother.Semua gila-gila kan.

   Aku tak tau kenapa tapi bila aku tengok someone yang boleh dikatakn rapat dgn aku pergi bukan untuk 2,3 hari tapi selamanya aku rasa sayu.Aku rasa sepi gila wooo~.Sebab kita dah rapat dengan mereka dah lama then mereka nak pi.Memang shiummmm.MENGALIR AIR MATA INI.

    Kekadang ada yang janji nak jumpa lah,hangout lah.Tapi haremmm sekali pon tak pernah nampak batang bontot mereka tu.Aku tak salahkan mereka.Maybe,depa sibuk.Tapi at least try.At least cuba jumpa kami sekali.Hang tau tak betapa hati hati di sini sangat merinduimu.Hohohoho.


  Aku tak ksah hang berada kat mana pon.Walau jarak memisah kita.Aku nak kau tahu.Aku selalu rindu kat hang.Bukan tak nak bagitau.Tapi,aku berdoa setiap hari supaya Allah S.W.T sampaikan rasa rindu ini kepada kamu di sana.Uhibbukilfillah.

  

Sunday 16 December 2012

That Complicated Story


     Seperti tajuk di atas,hari ni.Malam ni.Saya akan membincangkan tentang cinta.Seperti yang diketahui umum,cinta ni sesuatu yang tidak boleh dipaksa.Mahupun dipertikaikan.Ianya hanya boleh diterima dan dibalas.

     Tapi contohlah korang semua ni dalam keadaan terdesak.Ada orang ni tersangatlah cinta kat korang. Sampai korang pon tak tau nak tolak macam mana.Sebab korang dah ada buah hati yang tersendiri. Ataupun korang tak terbuka hati nak bercinta.Acewahh.Lepas tu 'si dia' tu asyik menghantar macam macam barang.Bunga lah,coklat lah.Bunga bercoklat lah.Berhari-hari,berbulan-bulan,bertahun-tahun korang memikirkan cara untuk menolak cinta si dia.Takkan lah korang nak buat macam ni.Tak ke patah hati si dia.

    Nanti tak ada semangat pulak dia nak bercinta.Lagi teruk dia terjun bangunan atau Jambatan Pulau Pinang.Kalau terjun kolam tu aku tak kisah sangat.Sekarang ni kita ada tips yang sangat-sangat-sangat rasional lah kot.Cubalah try.

1)Korang menangis.Janganlah menangis dalam kereta.Bazir air mata jer.Korang kena menangis depan dia.Korang kata kat dia yang korang ada penyakit kanser tahap 5.Hantam ja.Goreng dia cukup cukup.Korang kata lah yang korang ni nak mati tak lama lagi.Gunakan modal air mata.Lepas tu lap air mata.Then,sambung balik.Cakap yang dia ni kena cari orang lain.Lepas tu after all settle.Dia pon dah dapat awek baru.Korang muncul balik dan cakap 'Doktor kata I terselamat.Kanser tu tetiba jer hilang.Miracle lah katakan'.

2)Kalau yang atas tak berjaya.Sabor je lah.Korang guna cara ni.Korang kata yang mak atau daddy kita tak bagi bercinta.Bercinta kena lepas belajar.Mak and daddy I dah carikan orang lain.Mak and daddy I dah ikat kontrak nak kahwin dengan anak Dato negara China mana entah.Itu lah antara alasannya.Kan kita kena patuh dengan mereka.Berdosa kalau kita bantah.Conferm si dia pergi cari orang lain.

3)Okay,ni cara terakhir.Mana tau 'si dia' tu jenis keras kepala.Pukul dengan hammer pon tak sedar.Jom kita pukul dengan kapak pulak.Korang cakap yang korang dah berkahwin.Walaupun pada usia yang sangat muda.Korang kata lah mak bapak l terpengaruh dengan novel zaman kini.Kena kahwin awal.Ataupun,jodoh kalau dah datang siapalah yang dapat nak tolak.Korang tunjukkan jer mamat mana-mana kat 'si dia'.Upah jer seorang mamat tu ataupun belanja dia makan.Mungkin hati 'si dia' terbuka hati nak cari orang lain kan.

   Bila 'si dia' dah pergi korang bolehlah bersuka ria.Tunggu sampai dia pergi jauh sejauh-jauhnya.Then,baru korang gelak.Jangan gelak teruk sangat.Moga membantu korang.





Thursday 13 December 2012

Wardina Azlan


Good evening.Good morning.Good night.Good afternoon.K.Merapu.Pada petang yang cerah ni *tengok langit.Aku dengan segala bangganya ingin memperkenalkan seorang kawan,friend,teman,sahabat.Bukan sama ker??
  
    Nama diberi Nurul Wardina Bt Azlan.Berumur 14 tahun.Bukan senior aku tetapi junior aku. Muahahaha. Sebab aku lahir 8th April dia lak 6th September.Fuhh.Tak sangka aku ingat.Masa birthday dia hari itu aku bagi satu hadiah istimewa iaitu

Tu je lah.Aku tak cukup bajet masa tu.Maklumlah RM20 untuk 2 bulan.Kawan aku jer faham.Dia ni kawan yang amat memamahami.Typo itu comel tau.Haha.Wardina ni lawak tu lawak lah jugak.Kawan yang memaham.Berapa kali nak ulang.Suka bantu orang.Perangai bebudak.Seketul macam aku.Maklumlah kami kan sekamar.Kenyataan yang tak dapat diubah.Dia ni peramah.Apa lagi eeh?

 Aku dengan dia ni sekelas then buat semua benda kadang kadang sama sama.Tetapi,jeng jeng jeng.Kadang -kadang dia tak layan aku.Dia rapat dengan Aishah,Intan,Yusal and Dazrina.Aku ditinggalkan dengan leukimia.Haha.Mau tau apa itu leukimia.Tunggu de next post.Semua rahsia aku dia orang first yang tahu.Dia ni suka perasan comel jugak.Tetapi kadang-kadang habiskan masa dengan dia ni aku belajar sesuatu yang baru.



Wardina yang comel dan aku yang ohsem !!






Wednesday 12 December 2012

That Girl

  Hello peeps.Ok,hari ni aku tak nak dah buat post lawak-lawak. *Bajet macam lawak kan..Hari ni aku nak cerita kisah seorang budak ni.Kami dah bersama selama *kira jari.5 tahun kot.Lama dak??Jeles.Kejelesan anda tidak akan dilayan.Ok.Let the story begin.
                  
   Nama diberi Ainul Marshitah Bt Md Yusof.Sedap kan?Ada iras-iras Ainul Mardiah.Mak dia cikgu tau.Pernah sekali tu aku buat dia menangis.Well,biasalah aku kan budak budak horlicks.Lepas itu dia ugut nak beritahu mak dia.Aku dengan segala gelabahnya pergi minta maaf.Hahaha. *mukaTroll.Sepanjang perkenalan ni kami banyak berkongsi rahsia,rapak jugaklah.Jeles?Muahahaha.Aku tak kisah.Semua benda  dia mengadu kat aku.Kira aku ni a listener lah.Banyak persamaan kami tau.
  
   Masa nak isi sekolah masa darjah 6 tu kan,kami kena isi borang pilihan sekolah harian.Tau dak?Kalau tak tau.Buat-buat tau ja.Aku siap isi dah.Dia mai sekolah LIKE A BOSS tanpa setitik dakwat di atas borang tu.Yang cerdiknya,semua sekolah yang aku pilih dia tulis gak.Aku pon redha je lah.Then,sama sama dapat Al-Mashoor.Haha.Nak tau macam mana kami rappat?Typo k typo.Aku pon tak tau.Dey !! Masa darjah 3 tuhh.Tapi,kami sekelas.Sebab tu rapat.Sampai darjah 6 wohhh.Bila form 1 ni tak sama dah.Know why?Aku pon tak tau *geleng kepala.Dia ni ramai peminat gak.Kadang-kadang jeles aku dibuatnya.Huhu
    
   Aku rasa cukuplah 3 perenggan ni.Hampa nak tau gak?Ish..Ish..Ish.Insaflah wahai sahabat.Ok.Mai tengok gambar dia dengan aku yang comel ni *ehem ehem.Tak boleh letak banyak-banyak,nanti tergoda.Haha.Good Night,Worlds! *jerit *kena baling kasut

Dia yang pakai tudung kelabu tu.
Kan aku dah kata comel !!



Ikhlas dari hati aku yang comel ni :3